Watak Sampingan Songket Berbenang Emas

1. SALEHA : Ibu Dahlia; usia 39 tahun; penoreh getah; menghidap kemurungan
PERWATAKAN
CONTOH
Seorang yang penyayang
Semasa sihat , beliau menjaga semua keperluan anak-anaknya, Dahlia, Melati, Kiambang, Mawar, Anggerik dan Abu Bakar. 

2. EMBONG : Bapa Dahlia; asal dari Melaka
PERWATAKAN
CONTOH
Ketua keluarga yang bertanggungjawab
Embong tidak mahu anak-anaknya berhenti sekolah dan mahu bertanggungjawab menyara kehidupan mereka walaupun isterinya sakit
Seorang yang penyayang
Embong sangat menyayangi isterinya, Saleha dan anak-anaknya iaitu Dahlia, Melati, Kiambang, Mawar, Anggerik dan Abu Bakar
Seorang yang percaya akan kehendak takdir
Embong reda dengan penyakit isterinya yang menjadi kurang siuman
Seorang yang penyabar
Embong sanggup dihina oleh ibu mentuanya sendiri kerana hidup dalam kemiskinan
Seorang yang mementingkan ilmu untuk anak-anaknya
Embong menyuruh Dahlia pergi ke sekolah dan akan menguruskan hal adik-adik Dahlia
Seorang yang berani
Embong berani membunuh ular sawa yang membelit badannya. 

3. AZHARI : Bekas pelajar Sekolah Menengah Tun Ismail;
PERWATAKAN
CONTOH
Dia berpendidikan tinggi
Azhari baru sahaja menamatkan pengajian ijazah sarjana mudanya di universiti
Dia suka memberi nasihat
Azhari menyuruh Dahlia belajar bersungguh-sungguh
Dia pandai memujuk seseorang
Azhari berjaya memujuk Dahlia agar menerima lamarannya

4. TAUKE LIM 
PERWATAKAN
CONTOH
Dia prihatin dan suka membantu orang lain
Tauke Lim memberi wang kepada Embong untuk dibayar kepada Nek Kiah yang berhasrat menjual tanah tempat mereka tinggal
Dia memiliki budi pekerti yang tinggi
Tauke Lim membenarkan keluarga Dahlia berhutang untuk barangan keperluan mereka
Dia bersifat pemurah
Tauke Lim menyumbangkan barang-barang untuk sambutan Maulidur Rasul dan memberi wang sebanyak RM300 kepada Dahlia yang akan  melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya sebelum ke Jepun
Dia seorang kawan yang setia
Tauke Lim menganggap dia dan Embong sudah berkawan lama
Dia pandai bergaul
Walaupun Tauke Lim berbangsa Cina tetapi beliau amat disenangi oleh orang-orang kampung kerana pandai bergaul

5. NEK KIAH : Ibu Saleha
PERWATAKAN
CONTOH
Dia suka membandingkan antara anak-anaknya
Nek Kiah membandingkan kehidupan anak-anaknya lain dengan kehidupan keluarga Dahlia yang miskin
Dia membenci menantu dan cucunya yang hidup dalam kemiskinan
Nek Kiah tidak menghiraukan keluarga Dahlia yang dalam kesusahan malah menyalahkan Saleha yang berkahwin dengan Embong
Dia mempercayai perkara tahyul
Nek Kiah mengatakan rumah Dahlia ada hantu dan dia menggores kapur di setiap pintu rumah Dahlia untuk menghalau hantu
Dia mementingkan diri sendiri
Nek Kiah tidak mengambil tahu akan keperitan hidup cucunya setelah Saleha dimasukkan ke hospital