Latar Tempat : Songket Berbenang Emas

TEMPAT
PERISTIWA / KETERANGAN
Padang bola jaring
Dahlia berlatih bola jaring bersama dengan rakannya, Siti Wangi
Kantin
Tempat Azhari menunggu Dahlia
SMK Tun Ismail
Lima kilometer dari kampung halaman dahlia. Di sinilah Azhari dan Dahlia pernah belajar sewaktu Dahlia dalam tingkatan satu manakala  Azhari Tingkatan Lima
Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim
Dahlia menimba ilmu sebagai pelajar  tingkatan enam dan dia tinggal di asrama sekolah ini
Bilik Kerjaya
Dahlia bertemu dengan Cikgu Hisyam di bilik ini. Di sini juga Cikgu Hisyam mendapat tahu masalah Dahlia daripada Kavita
Kebun getah
20 meter dari rumah Dahlia dan keluasannya lima ekar serta menjadi tempat Saleha menoreh getah
Kampung Parit Haji Rais
Di sinilah, terletaknya rumah Dahlia dan dia menjaga adik-adiknya, Melati, Kiambang, Mawar, dan Anggerik setelah emaknya dirawat di hospital
Hospital Batu Pahat (Wad 6) 
Tempat Saleha dibawa untuk mendapatkan rawatan pada peringkat awal
Hospital Batu Pahat (Wad 4)
Abah Dahlia dirawat di hospital ini setelah dipatuk ular
Hospital Permai, Johor Bahru
Tempat emak Dahlia dirawat iaitu di bilik 16. Di sini juga Azhari bekerja sementara setelah mendapat segulung ijazah
Sungai
Kira-kira 45 meter dari rumah Dahlia dan di sinilah Dahlia cuba menyelamatkan Said yang lemas di sungai ini
Kebun kelapa sawit di Parit Haji Kadir
Kira-kira dua kilometer  dari rumah Dahlia. Di sinilah Embong memotong kelapa sawit setelah pulang dari rumah Aton dan dia dibelit oleh ular sawa
Sekolah Kebangsaan Jelotong
Said dan Melati bersekolah di sini
Rumah Aton
kira-kira 150 meter dari rumah Dahlia. Di rumah inilah, Dahlia disindir oleh Aton kerana dikatakan Dahlialah yang menyebabkan Said mati lemas
Balai raya Kampung Parit Haji Rais
Beberapa orang penduduk bergotong-royong semasa majlis sambutan Maulidur Rasul. Selain itu, di sini juga menjadi tempat pemindahan mangsa banjir yang berlaku di kampung Dahlia. 

Sumber : Cikgu Hasnah bt Sahidan