Latar Masyarakat : Songket Berbenang Emas

MASYARAKAT
KETERANGAN
Masyarakat kampung
Mereka tinggal di Kampung Parit Haji Rais. Haji Sulaiman merupakan ketua kampung di situ. Masyarakat kampung yang lain ialah Mak Aji, Aton, Embong, Tauke Lim dan lain-lain.  Mereka hidup bekerjasama antara satu sama lain setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman semasa gotong-royong untuk sambutan Majlis Mauludir Rasul
Masyarakat guru
Cikgu Salwani (Warden asrama) dan Cikgu Hisyam, guru kelas Dahlia. Cikgu Salwani marah apabila Dahlia mengambil keputusan untuk keluar dari asrama. Cikgu Hisyam pula menasihati Dahlia supaya meneruskan persekolahannya kerana dia seorang yang bijak
Masyarakat pelajar
Dahlia, Siti Wangi, Najib dan Kavita merupakan pelajar sekolah. Mereka bersekolah di Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim.  Mereka mewakili pelajar yang aktif dalam kokurikulum
Masyarakat  yang saling membantu 
Haji Sulaiman  selaku ketua kampung membantu keluarga Dahlia. Dia juga menjadi tempat Embong meluahkan perasaannya. Selain itu, Tauke Lim membantu dengan memberi hutang kepada keluarga Dahlia
Masyarakat yang bertanggungjawab
Haji Sulaiman bertanggungjawab membantu anak buahnya, Embong yang menghadapi masalah
Masyarakat remaja yang terpengaruh dengan rakan sebaya
Abu Bakar, adik Dahlia suka berseronok dengan rakan-rakannya dan tidak mahu membantu keluarga mereka yang menghadapi masalah. Dia hanya pulang ke rumah untuk menukar baju sahaja
Masyarakat yang insaf akan kesilapannya
Abu Bakar insaf akan kesilapannya yang suka membuang masa dengan rakan-rakannya. Dia juga insaf akan kesalahannya yang telah mencuri kambing milik abahnya sendiri. Manakala Nek Kiah akhirnya insaf akan sikapnya terhadap keluarga Dahlia apabila Dahlia dan emaknya banyak membantu beliau ketika sakit sedangkan anak-anak lain yang amat disayangi langsung tidak menziarahinya
Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup
Embong tabah menghadapi keadaan hidup mereka sekeluarga yang miskin. Selain itu, Embong tabah apabila beliau tidak disukai oleh ibu mentuanya, Nek Kiah. Embong juga tabah apabila isterinya mengalami masalah mental. Dia tetap tabah apabila rumah yang diduduki oleh keluarganya dilanda banjir. Manakala Dahlia tabah menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar walaupun emaknya dimasukkan ke hospital dan ayahnya dipatuk ular. Dia juga tabah apabila dihina oleh Aton yang menyalahkannya sewaktu menyelamatkan Said yang mati lemas. Dahlia juga tabah berhadapan dengan Azhari yang ingin melamarnya walaupun pada ketika itu terlalu banyak dugaan yang terpaksa ditempuhinya. 
Masyarakat yang penyayang
Embong sangat menyayangi anak-anaknya. Beliau sanggup bekerja dari pagi hingga malam untuk menanggung keluarganya. Dahlia juga amat menyayangi adik-adiknya. Dia sanggup ponteng sekolah apabila Anggerik sakit. Saleha juga merupakan emak yang penyayang. Semasa beliau sihat, beliaulah yang menjaga keperluan keenam-enam anaknya itu
Masyarakat remaja yang terlibat dalam percintaan
Azhari mencintai Dahlia. Walaupun dia mengetahui Dahlia mempunyai emaknya yang menghidap tekanan mental dan hidup dalam kemiskinan namun akhirnya  dia tetap  melamar Dahlia . Najib juga mencintai Dahlia. Dia mengambil berat apabila Dahlia kerap ponteng sekolah
 Sumber : Cikgu Hasnah bt Sahidan