| MAKSUD |
| |
| Rangkap 1 |
| Kelukaan di hati disembunyikan daripada pengetahuan orang lain walaupun pedihnya amat mendalam. |
| |
| Rangkap 2 |
| Sesuatu yang berlaku kepada kita harus diterima dengan perasaan yang reda kerana itu semua sudah suratan takdir bukannya salah ibu yang melahirkan kita. |
| |
| Rangkap 3 |
| Sudah menjadi kelaziman manusia sering melebihkan orang yang baru sehingga orang lama terasa disisihkan dan tidak diperlukan lagi. |
| |
| TEMA |
| Kekecewaan dalam hidup. |
| |
| PERSOALAN |
| 1. Persoalan menyembunyikan hati yang terluka (rangkap 1) |
| 2. Persoalan menerima suratan takdir (rangkap 2) |
| 3. Persoalan mengutamakan yang baru berbanding yang lama. (rangkap 3) |
| |
| BENTUK |
| 1. Mempunyai 3 rangkap |
| 2. Mempunyai 6 baris bagi setiap rangkap |
| 3. Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris |
| Contoh : Putik kelapa menjadi muda ( 4 perkataan – rangkap 1) |
| Contoh : Sudah mendapat orang yang baru (5 perkataan – rangkap 3) |
| 4. Terdiri daripada 8 hingga 12 suku kata. |
| 5. Rima abcabc |
| 6. Bentuk pantun terikat. |
| |
| GAYA BAHASA |
| 1. Unsur bunyi |
| Asonansi – hati luka pura tiada ( rangkap 1 baris 4) – pengulangan vokal ‘a’ |
| Aliterasi – kail tersangkut di tepi batang ( rangkap 3 baris 3) – pengulangan konsonan ‘t’ |
| |
| 2. Peribahasa |
| Ibarat kaca jatuh ke lantai ( rangkap 1 baris 6) |
| Ibarat melukut di tepi gantang (rangkap 3 baris 6) |
| |
| 3. Sinkope |
| Rasa pedih buat tak tahu (rangkap 1 baris 5) |
| |
| 4. Repitisi |
| Sudah takdir sudah suratan (rangkap 2 baris 5) |
| |
| 5. Unsur alam |
| Haiwan – ikan cencaru, ikan gelama |
| Tumbuhan – kelapa, kedondong, buluh, |
| |
| NILAI |
| 1. Nilai keredaaan.Contohnya reda dengan suratan takdir. |
| 2. Nilai ketabahan. Contohnya sentiasa tabah dengan kesedihan yang menimpa diri. |
| |
| PENGAJARAN |
| 1. Kita janganlah terlalu menunjukkan rasa kecewa. |
| 2. Kita janganlah sesekali menyalahkan takdir. |
| 3. Kita janganlah melupakan orang yang pernah berjasa kepada kita. |
| |
| Latihan |
| 1. Nyatakan maksud rangkap pertama pantun tersebut. |
| 2. Berikan maksud ibarat melukut di tepi gantang. |
| |
| Jawapan |
| 1. Kelukaan di hati disembunyikan daripada pengetahuan orang lain walaupun pedihnya amat mendalam. |
| 2. Maksud ibarat melukut di tepi gantang ialah orang yang kurang penting. |
Pantun Enam Kerat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
senang difahami dan dibuat rujukan..tq.
BalasPadamsenang difahami dan dirujuk..
BalasPadamterimah kasih banyak banyak... kerana ini membantu untuk membantu mengulangkaji subjek bm..........
BalasPadamkalau boleh beri maksud pantun baris demi baris supaya senang nak faham :)
BalasPadamtq to admin,,,i liked your style
BalasPadamsalam, trima kasih yee admin kerana mmudahkan kerja sya :) semoga Allah mmbalas jasa kamu .
BalasPadamterima kasih
BalasPadamTO ADMIN : JAZAKALLAH KHAIRAN!
BalasPadamTrime kasih sbb phm kann..
Padamterima kasih sbb faham
BalasPadam