Teknik Plot Novel Kembara Amira

TEKNIK PLOT
CONTOH
Pemerian
Mereka berada di khemah ketiga selepas khemah Dr. Zawawi dan khemah Prof. Zaidah, khemah-khemah tersusun dalam bentuk separa bulatan, dengan paling hujung adalah khemah dapur.
Dialog
“ tentu tiket tu dah sampai, ” Amira bersuara antara dengar dengan tidak “ Apa? ” Jacinta bagaikan tidak pasti dengan soalan Amira.
Imbas kembali
Amira ketawa kerana mengingatkan kembali kenangan semasa berada di Gua Niah ketika mereka turut serta dalam kerja lapangan yang dilakukan oleh ibunya. Ketika itu Dr. Zawawi sedang menyiapkan tesis sarjananya.
Kejutan
Pembaca terkejut apabila mendapat tahu bahawa Malique dan Itai merupakan anak kepada Tau.
Suspens
Dia tidak pasti ke mana dan siapa manusia yang sering membawa makanan untuknya. Malique tidak sempat bertanya di mana dia sekarang. Tetapi siapakah manusia itu. Adakah manusia itu mempunyai kaitan dengan hidupnya? Kenapa manusia itu membantunya tetapi tidak berusaha mencari dari mana dia datang.
Apa benda itu?” Jacinta turut tidak sabar. Hatinya berdebar-debar kencang dan setelah berminggu berada di perbukitan itu, Jacinta amat berharap mereka akan melakukan satu penemuan penting dan dia amat berharap perkara itu berlaku.
Tiba-tiba Rusdi menjerit memanggil Dr. Zawawi. Dr. Zawawi yang sedang asyik merakamkan dinding gua terkejut dengan panggilan Rusdi lalu menghentikan rakaman dan berlari ke arah Rusdi dan Itai. Dia tahu Rusdi telah menemui sesuatu yang berharga dalam kajian mereka.
Ingatannya kembali pulih lalu teringatkan emaknya yang berada di Melaka entah kenapa emaknya terlalu beria-ria menyuruhnya mengikut O’Hara ke dalam hutan itu. Apakah ada satu hubungan yang misteri antara emaknya dan O’Hara? Emaknya yang berambut keperangan dan bermata biru bagai ada kaitan dengan O’Hara yang berkulit putih.

11 ulasan:

  1. kembara amira

    BalasPadam
  2. boleh tahan

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama06 Mei, 2012

    terima kasih! kalau soalan dia tanya satu teknik tetapi bagi 7-8 markah kena buat camne yer??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cara pemberian markah:

      Soalan 4a (7 markah)Isi yang diperlukan sekurang-kurangnya 2 (Isi yang tepat + huraian/contoh/bukti). Setiap isi yang tepat akan diberikan 2 markah. Manakala markah bahasa dinilai secara impression (pemerhatian):
      Markah 3 untuk bahasa yang baik
      Markah 2 untuk bahasa yang sederhana
      Markah 1 untuk bahasa yang lemah

      Contoh pengiraan:
      Isi = 4 markah
      Bahasa = 3 markah
      Jumlah = 7 markah

      Soalan 4b (8 markah)
      Isi yang diperlukan sekurang-kurangnya 3 (Isi yang tepat + huraian/contoh/bukti). Setiap isi yang tepat akan diberikan 2 markah. Manakala markah bahasa dinilai secara impression (pemerhatian):
      Markah 1 untuk bahasa yang baik
      Markah 2 untuk bahasa yang kurang baik
      Contoh pengiraan:
      Isi = 6 markah
      Bahasa = 2 markah
      Jumlah = 8 markah

      Padam
  4. Tanpa Nama27 Ogos, 2012

    terima kasih.. tuhan akan membalas kebaikan berganda atas perkongsian ilmu ini :)

    BalasPadam
  5. as slm..mohon share :) tq

    BalasPadam
  6. Harap2 cikgu terima.. ngn teknik plot nie :D tq

    BalasPadam
  7. Nota ini dikeluarkan oleh BPK KPM

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama06 Mei, 2014

    Sangat bermanfaat

    BalasPadam
  9. Wooh.. Mantap.

    BalasPadam
  10. kembara amira ada teknik plot imbas muka tak?

    BalasPadam