Persoalan Novel Kembara Amira

PERSOALAN
CONTOH
Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
Sikap Profesor Zaidah yang sanggup meninggalkan kerjanya demi mencari Amira di Gunung Gua Gajah.
Perkahwinan kedua menimbulkan konflik jiwa dalam diri anak-anak.
Perkara ini dipaparkan melalui konflik jiwa yang dialami oleh Jacinta kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya yang dikahwini oleh bapanya setelah kematian ibu kandungnya. Konflik ini telah menyebabkan Jacinta selalu mengelak daripada berjumpa dengan keluarganya.
Kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar.
Hal ini dapat dibuktikan melalui kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram dan penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas.
Kecintaan terhadap alam sekitar.
Persoalan ini digambarkan melalui sikap dingin Tau terhadap kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya kerana risau kawasan tersebut akan musnah.
Konflik keluarga.
Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang terjadi dalam keluarga Tau setelah isterinya iaitu Ipah melarikan diri bersama Johnny. Ipah telah meninggalkan anaknya yang baru dilahirkan dan membawa Sabi bersamanya menyebabkan terjadinya perpecahan keluarga.
Ilmu perubatan tradisional.
Hal ini digambarkan melalui watak Ludin yang menggunakan cara perubatan tradisional untuk menyembuhkan Prof. Zaidah yang mengalami keretakan tulang tangannya.
Integrasi kaum.
Dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.

5 ulasan:

  1. terima kasih cikgu

    BalasPadam
  2. thanxz a lot!! permudahkan kerja saya nk wt assignment nih!!

    BalasPadam
  3. Terima Kasih cikgu. Saya tengah buat kerja last minute ni. Esok dah kena balik asrama. Print pun tak lagi. Atleast blog cikgu banyak membantu dari sinopsis sampai lah ke plot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana melayari blog ini.

      Padam